Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai

Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai
Link Artikel/Video : Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai

Baca juga


Hadir Di Mahkamah Syariah, Ziana Zain Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Bercerai


“KAMI belum cakap apa-apa,” komen Ziana Zain mengenai dakwaan penyanyi itu dan suaminya dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu dipercayai bagi urusan kes tuntutan cerai.

Menjelaskan mengenai dakwaan terbabit, Ziana yang ditemui di sebuah majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur berkata, dia dan suaminya perlu melalui beberapa proses termasuk sesi kaunseling.

Sumber mendakwa, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan meminta agar kes mereka dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Masalah rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu mula dihidu selepas suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa atas tuduhan memukul anaknya untuk mengajar mengaji.

Armin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada awal Mac atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di Denai Alam, Shah Alam pada 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berdepan dengan situasi itu, Ziana bagaimanapun menegaskan anak-anak dan kerjaya seni kini menjadi sumber kekuatan dirinya.

“Saya tidak bimbang, selagi bergelar artis, baik dan buruk harus juga dihadapi. Bagaimanapun, saya terharu dan berterima kasih atas kasih sayang ditunjukkan orang keliling dan peminat sepanjang berdepan dengan masalah ini.

“Saya percaya Allah Maha Kaya. Sebagai manusia kita harus menjangkakan perkara yang tidak dijangka. Saya sentiasa bersyukur atas sokongan diberikan,” katanya.

Katanya, dia seharusnya melalui kehidupannya hari ini untuk hari ini kerana apa yang berlaku pada masa hadapan tidak diketahui.

Sumber HMETRO