"Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman

"Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman
Link Artikel/Video : "Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman

Baca juga


"Tujuan mereka nak rosakkan nama saya" - Datuk Rizalman


KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar percaya beliau diperangkap atas motif politik berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Isnin.

Memetik laporan Astro Awani, Rizalman mendakwa, serbuan itu memang khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan pasukan polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaan di bilik-bilik lain di premis tersebut.

Beliau turut mempertikai keputusan saringan ujian air kencing yang dikatakan positif, sedangkan mereka tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

"Saya mengaku bahawa saya merupakan individu yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini.

"Tetapi saya menafikan saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan. Saya yakin ia adalah perangkap ke atas diri saya yang bertujuan merosakkan nama saya," katanya.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk membersihkan nama beliau.

Sumber SINAR