“Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’

“Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’ - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk “Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : “Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’
Link Artikel/Video : “Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’

Baca juga


“Eh dulu sokong BN, sekarang Tun M?…” – Pernah kempen calon BN, Adi Putra dituduh jadi ‘lalang’


Sejak keputusan PRU14 diumumkan pada awal pagi Khamis, terdapat beberapa selebriti tanah air meluahkan rasa syukur dengan kemenangan Tun M sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Rata-rata para selebriti mereka tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu kerana mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.

Tindakan tersebut turut dilakukan oleh pelakon, Datuk Adi Putra yang turut memberi ucapan sokongannya terhadap pemimpin berusia 93 tahun itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon filem Makrifat Cinta itu telah memuat naik gambar Tun M atas kejayaan berkenaan namun telah dihujani kritikan dan kecaman netizen.


“Tahniah @chedetofficial Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-7, Semoga terus membina negara harapan dan membela agama, bangsa dan tanah air tercinta. Dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Allahu Akhbar. Amin,” tulisnya menerusi kapsyen.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu mengesahkan bahawa dirinya kini telah diiktiraf sebagai seorang warganegara Malaysia dengan berkongsi informasi kad pengenalan miliknya pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen tidak berpuas hati menerusi ruangan komen Instagram pelakon itu yang menyifatkan dia tidak memiliki sikap dan pendirian atau merupakan seorang yang ‘lalang’.

Sumber  OMM