Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH

Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH
Link Artikel/Video : Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH

Baca juga


Inilah Kritikan Pertama Pembangkang, UMNO Terhadap Kerajaan PH


ULASAN l Kami mengalu-alukan penubuhan Kabinet secepat mungkin agar negara boleh terus bergerak seperti biasa.

Rakyat di seluruh negara resah dan gelisah kerana walaupun sudah seminggu PRU ke-14 selesai, namun tidak nampak bayangan jelas pembentukan Kabinet.

Setakat ini banyak pengumuman dasar dan halatuju kerajaan diumumkan oleh mereka yang bukan menteri dan ini bertentangan dengan tatacara urusan kerajaan. Malah ini juga akan mengundang masalah kerana mereka yang mengumumkan dasar tidak ada legitimasi untuk berbuat demikian.

Menjadi harapan kami penubuhan Kabinet berjalan dengan teratur demi kesejahteraan rakyat dan negara. Urusan mentadbir negara perlu didahulukan daripada pertimbangan lain.

Dalam masa yang sama, Umno mahu proses perlantikan Menteri Kabinet mengikut proses yang termaktub dalam Perlembagaan dan menghormati kedaulatan Majlis Raja-Raja.

Perlantikan ahli Kabinet yang tidak teratur atau dibuat ala koboi akan mengakibatkan negara kita hilang integriti dan tidak dihormati .

Umpamanya pengumuman Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan oleh perdana menteri mendapat reaksi negatif daripada rakyat. Pastinya Tun Dr Mahathir Mohamad tahu Lim kini menghadapi pertuduhan rasuah dan akan menjalani proses perbicaraan.

Tidak hairanlah Dr Mahathir membuat 'u-turn' mengenai perlantikan menteri kewangan apabila tindakannya dipersoalkan oleh rakyat.

Sementara kami mahu supaya kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara dengan baik dan tenteram, kami juga mahu kerajaan HARAAPN segera memenuhi janji-janji dalam manifesto mereka dalam tempoh 100 hari kerana rakyat sedang memerhati.

Ini termasuk memberikan autonomi segera kepada negeri Sabah dan Sarawak serta mengotakan janji untuk menambah 15 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. Pastinya pakar-pakar ekonomi yang telah dilantik akan mampu mencari jalan untuk mengotakan semua janji-janji ini.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada kerajaan HARAPAN dan berharap mereka bekerja keras untuk memakmurkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

ABDUL RAHMAN DAHLAN adalah ahli Unit Komunikasi Ibu Pejabat Umno dan bekas menteri.

Sumber MKINI