Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan

Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan
Link Artikel/Video : Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan

Baca juga


Mat Sabu dari ‘cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan


KUALA LUMPUR - Pada satu sidang media sebelum PRU14, seorang wartawan bertanya jika Presiden Amanah, Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan.

Soalan wartawan itu disambut dengan gelak ketawa kerana berasakan Mohamad Sabu atau Mat Sabu tiada kelayakan sesuai untuk jawatan berkenaan.

Dalam Kabinet Bayangan dikemukakan oleh ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim itu, Mat Sabu diletakkan mengisi jawatan tersebut.

Itu cerita sebelum PRU14. Lain yang berlaku selepas PRU14. Atau dengan kata lain, apabila Mat Sabu menang kerusi Parlimen Kota Raja.

Tiba-tiba nama beliau diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anggota Kabinet kerajaan Malaysia yang baharu.

Mat Sabu diumumkan sebagai Menteri Pertahanan!

Satu Malaysia terkejut. Satu Malaysia riuh. Masing-masing tidak menyangka Mat Sabu akan mendapat jawatan tersebut. Masing-masing menjadikan beliau sebagai bahan jenaka sama ada di media sosial atau alam realiti.

Bukan tugas mudah bergelar menteri pertahanan kerana semua sistem pertahanan dan keselamatan kinj berada di bawah kawalan dan seliaan beliau.

Di pentas politik, Mat Sabu merupakan seorang tokoh politik yang cukup terkenal dengan kelantangannya dan sering menjadi daya penarik di pentas ceramah.

Aksi bersahaja beliau selalu mengundang derai tawa orang ramai termasuk hidangan cerita-cerita panas dan kontroversi berkaitan politik tanah air.

Seminggu sebelum PRU14, seorang individu yang mengaku ahli Amanah telah membuat sidang media  meminta Mat Sabu membuat penjelasan mengenai beberapa rakaman audio didakwa lelaki tersebut sebagai 'skandal' bersama bukti screen shot perbualan melalui WhatsApp dengan seorang wanita.

Mat Sabu bagaimanapun tidak memberikan sebarang tindak balas. Undi yang beliau peroleh langsung tidak terjejas, malah di luar jangka apabila menang besar di Kota Raja dengan majoriti hampir 10,000 undi.

Dilahirkan pada 14 Oktober 1954, anak jati Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran dalam jurusan pemakanan di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkahwin dengan Normah Alwi dan mempunyai empat anak.

Kerjaya politik Mat Sabu bermula apabila beliau menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1975 sebelum menganggotai Pas pada 1981.

Ketika dalam Pas, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal 2013 hingga 2015, Naib Presiden Pas dan Timbalan Ketua Pemuda Pas bagi dua penggal, 1989 hingga 1991 dan 1993 hingga 1995.

Beliau juga antara pemimpin yang pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA (Internal Security Act) pada 1984 sehingga 1986 atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau dan kali kedua dari 1987 hingga 1989 di tahan bawah Operasi Lalang dilancarkan polis bagi menangkap mereka yang menimbulkan kekacauan akibat isu politik ketika itu.

Selian itu, Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan dari 1990 hingga 1995, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dari 1995 hingga 1999 dan Ahli Parlimen Kuala Kedah di Kedah dari 1999 hingga 2004.

Pada 16 September 2015 Mat Sabu menubuhkan parti Amanah dan menjadi presiden pertama sebelum bergabung dengan Pakatan Harapan.

Kini, sesiapa yang mentertawakan beliau boleh menelan balik ejekan-ejekan itu kerana Mat Sabu sudah pun menjadi Menteri Pertahanan!

Sumber SINAR