Umpama tiada belas kasihan buat Najib

Umpama tiada belas kasihan buat Najib - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Umpama tiada belas kasihan buat Najib, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Umpama tiada belas kasihan buat Najib
Link Artikel/Video : Umpama tiada belas kasihan buat Najib

Baca juga


Umpama tiada belas kasihan buat Najib


SHAH ALAM - Tindakan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam pertama Ramadan, disifatkan sebagai tindakan tiada belas kasihan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Shahril Hamdan berkata, ini kerana bekas Presiden Umno itu sudah menyatakan akan memberi kerjasama dan komitmen terhadap segala siasatan.

"Saya ingin melahirkan rasa kekhuatiran saya terhadap tindakan dan pendekatan diambil polis terhadap Najib di kediamannya di Jalan Duta, semalam.

"Penggeledahan berterusan melebihi 18 jam dibuat oleh 50-60 anggota polis pada malam tibanya bulan mulia Ramadan memperlihat seakan tiada belas kasihan bagi Najib yang sudah pun menyatakan komitmen beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kekhuatiran itu juga ditambah dengan kenyataan peguam Najib yang menyatakan polis terus menggeledah setiap bahagian rumah Ahli Parlimen Pekan itu walaupun dikatakan akan berhenti pada 5 pagi.

Biarpun tidak mempersoalkan tindakan polis, namun beliau menaruh harapan supaya Najib perlu dilayan sebaik mungkin berdasarkan pengorbanannya terhadap Malaysia selama ini.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak mempersoalkan hak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut prosedur serta konsisten dengan undang-undang negara.

"Saya hanya berharap segala tindakan tersebut mengambil kira sehingga hari ini, Najib bekas Perdana Menteri yang sudah banyak berjasa kepada negara serta menjadi wakil rakyat sejak berumur 23 tahun, belum lagi didakwa di mahkamah lantas wajar diberi layanan yang adil sejajar dengan prinsip 'innocent until proven guilty' yang saya yakin turut didukung oleh Pakatan Harapan yang memperjuangkan demokrasi selama ini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut berterima kasih kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan kekhuatiran terhadap apa yang berlaku semalam.

"Saya berasa lega kerana dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan ini sekurang-kurangnya ada pemimpin mahu mempamerkan sifat kesederhanaan mencerminkan budaya Malaysia yang penuh budi pekerti," katanya.

Sumber Sinar