Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat

Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat
Link Artikel/Video : Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat

Baca juga


Akhirnya Terbongkar, Rupanya Ini Punca Sebenar Datuk Siti Bertemu Majlis Penasihat


KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yakin pertemuannya dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) yang berlangsung di Menara Ilham, di sini, hari ini, bakal membuahkan hasil positif terhadap usaha untuk menambah baik industri hiburan negara, khususnya dalam bidang muzik.

Menurut Siti, 39, sebagai penyanyi, butiran pandangan beliau berikan lebih kepada cadangan dan luahan terhadap permasalahan sering membelenggu golongan berkenaan dalam berkarya.

"Pertemuan selama lebih sejam itu memberi peluang kepada Siti untuk berkongsi permasalahan yang sering dihadapi anak seni seperti masalah dana, kekurangan penaja untuk menganjurkan konsert, soal royalti seperti sering dibangkitkan sebelum ini dan beberapa cadangan lain.

"Mereka (MPK) kelihatan begitu berminat dengan apa yang saya suarakan dan meminta kertas kerja hasil perbincangan itu disiapkan segera untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Insya-Allah, berdasarkan maklum balas mereka, Siti yakin industri seni kita mampu menjadi lebih baik lagi selepas ini," katanya kepada BH Online.

Selain Siti, sesi berkongsi pandangan itu turut disertai beberapa wakil penggiat seni lain seperti pengkritik filem, Hassan Muthalib; bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman; penulis dan budayawan, Eddin Khoo; serta aktivis teater, Jo Kukathas.

MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainudin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.

Selain Daim, MPK dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican; dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Jomo Kwame Sundaram.

Sumber BH