Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?

Ardell Aryana sakit kanser tahap 3? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?
Link Artikel/Video : Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?

Baca juga


Ardell Aryana sakit kanser tahap 3?


PELAKON Nadzmi Adhwa memberitahu aktres Ardell Aryana kini sedang sakit.

Pun begitu, pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang sakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin.

Terdahulu, Nadzmi, 26, memuat naik video di Instagram miliknya beserta kapsyen panjang lebar tentang kesihatan Ardell, 28, yang bakal menjalani rawatan terapi.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen Nadzmi, netizen memberitahu Ardell kini sedang sakit kanser tahap 3.

Difahamkan netizen mengetahui berita itu ketika Nadzmi membuat Instagram Live (IGLIVE) pada petang tadi.

Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi selaku teman rapat Ardell bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon namun gagal.

Manakala cubaan menerusi WhatsApp turut tiada jawapan selepas Nadzmi menjawab salam.

"Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

"Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

"Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

"Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

"Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya 💪🏻 aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya ❤️ #MakCikBawang," coret Nadzmi.

Untuk rekod, Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Sumber SH