Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati

Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati
Link Artikel/Video : Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati

Baca juga


Bekas penjawat awam didakwa gelapkan wang ditemui mati


BANGKOK: Seorang bekas pegawai kanan sebuah kementerian ditemui mati di rumahnya dipercayai membunuh diri, awal Jumaat.

Beliau adalah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial yang disiasat atas dakwaan menggelapkan 88 juta baht (RM10.7 juta), lapor akhbar The Nation.

Mayat Putthipat Lertchaosit, 60, ditemui pada jam 9 pagi di katil bilik tidur kediamannya di Muang Pathum Thani dengan isterinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Isteri Putthipat dihantar ke hospital Pathum Thani. Di sebelah katil berkenaan kelihatan segelas wain, dua botol air minuman dan sebotol susu.

Pejabat Anti Penggubahan Wang menuduh Putthipat menggelaplan 88 juta baht dana awam yang diperuntukkan untuk golongan miskin dan gelandangan.

Dia dituduh menggunakan wang itu untuk membeli pelbagai aset.

Putthipat dipecat dalam satu resolusi Kabinet pada April lalu. Turut sama dipecat ialah seorang Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah.

Dia sebelum ini dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri tetapi jawatannya tidak aktif. - Agensi

Sumber BH