Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju

Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju
Link Artikel/Video : Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju

Baca juga


Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju


BEKU AKAUN MENYUSAHKAN PERGERAKAN UMNO
Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun UMNO, termasuk akaun UMNO Pusat dan beberapa negeri diharap bukan bertujuan untuk mengharam dan membatalkan pendaftaran parti itu.

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pembekuan akaun berkenaan akan menyusahkan UMNO untuk menjalankan kerja pentadbiran dan urusan berkaitan.

Justeru, beliau berkata, jika terpilih menjadi Presiden pada pemilihan yang akan berlangsung Sabtu ini, perkara membabitkan akaun dan aset UMNO menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

“Saya sangat-sangat khuatir dengan perkembangan terkini berkenaan dengan pembekuan akaun UMNO oleh pihak SPRM.

“Kalau dipilih sebagai Presiden UMNO, saya akan berusaha mempertahankan aset, akaun dan juga parti UMNO. Kalau perlu diadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa dan juga kerajaan, saya akan tampil memastikan bahawa UMNO tidak terbabit.

“Sebab walau apa pun siasatan ini (berkaitan 1MDB) tidak akan membabitkan UMNO. Jika ada sumbangan daripada pihak tertentu terhadap UMNO, maka saya harap mereka dapat memberikan perincian kepada UMNO kerana saya tak mahu disebabkan kalau ada apa pun sumbangan dari sumber disiasat, ia menjejaskan parti secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama UMNO Perak pada Majlis Sepetang Bersama KJ di Bukit Merah Laketown Resort, di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terkini mengenai tindakan pembekuan akaun UMNO Pusat, Selangor, Pulau Pinang dan Johor oleh SPRM, hari ini.

Katanya, penerimaan wang dari sumber yang sedang disiasat itu hanya andaian tetapi diharapkan ia tidak menjejaskan keseluruhan akaun dan kedudukan parti.

“Jadi, perkara pertama kita akan buat ialah dapat melindungi UMNO daripada apa-apa tindakan untuk mengharamkan parti kita dan membekukan aset sebab UMNO bukan berada di pihak yang disiasat dan siasatan ini (1MDB) tidak membabitkan UMNO,” katanya.

Khairy juga berkata, jika terpilih menjadi Presiden, langkah pertama yang akan dilakukannya adalah mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam untuk bertemu dengan pihak berkuasa, termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan pembekuan akaun itu hanya untuk membolehkan siasatan dijalankan dan ia bukan usaha untuk mengharamkan UMNO dan merampas aset yang dimiliki UMNO.

Ditanya sama ada tindakan pembekuan akaun UMNO itu akan memberi kesan pada proses pemilihan yang akan berlangsung Sabtu ini, Khairy berkata, ia tidak menjejaskan proses kerana persediaan sudah dilakukan.

Dalam pada itu, Khairy juga turut mengumumkan tambahan manifestonya untuk memberikan tempat sebanyak 30 peratus kepada wanita dalam Majlis Tertinggi UMNO, jika dipilih sebagai Presiden.

Katanya, langkah itu penting bagi menampakkan UMNO sebagai sebuah parti yang progresif dan parti masa hadapan yang memberikan ruang lebih terbuka kepada wanita.

(Sumber: Berita Harian & KMO)