Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg

Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg
Link Artikel/Video : Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg

Baca juga


Berang barang dipesan lambat sampai, gadis dibunuh dan disumbat dalam beg


Mayat seorang gadis berumur 21 tahun ditemui mati disumbat dalam beg yang dibalut dengan kotak yang ditinggalkan di atas motosikal ditinggalkan di tepi jalan, lapor Tribun News.

Dalam kejadian pada jam 2 petang, Rabu lalu di Jalan Karya Rakyat, Medan, Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Rika Karina, keturunan Cina Muslim ditemui oleh penjual murtabak yang curiga melihat kotak tersebut. 

Menurut saksi, Darwis, dia berasa curiga melihat kotak yang diletakkan di atas motosikal jenis Honda Scoopy (milik mangsa) dengan lampunya masih menyala (enjin dimatikan) sebelum menghubungi pihak polis untuk datang memeriksa kotak itu. 


Anggota polis yang datang ke lokasi kejadian kemudian membuka kotak itu dan sebaik saja dibuka, polis melihat ada bentuk tangan dan kaki manusia dalam keadaan terlipat. Polis kemudian membuka beg itu dan menemui mayat mangsa dibalut dengan kain dalam keadaan mengerikan. 

Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati terdapat beberapa kesan luka dan tikaman di bahagian tangan dan leher. Wajah mangsa dipenuhi darah dipercayai telah dipukul dengan objek keras sehingga mati. 

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bhayangkara Medan untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenali oleh mangsa. 

Ibu mangsa, Sarinah, berkata kali terakhir dia berhubung dengan Rika pada bulan April lalu di mana Rika menyuarakan hasratnya mahu berkahwin dengan lelaki berketurunan Minang dari Padang. Dalam perbualan mereka, Rika juga memaklumkan dia akan pulang ke rumah pada malam takbir raya. Itulah kali terakhir Rika berhubung dengan keluarganya dan sepanjang bulan Mei dia langsung tidak menghubungi keluarganya kerana terlalu sibuk dengan kerja. 

Siasatan awal polis pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, mangsa bergaduh dengan seorang lelaki sehari sebelum penemuan mayat mangsa di tepi jalan. Berdasarkan video itu, polis telah menahan seorang lelaki berumur 31 tahun selepas mendapati suspek mempunyai ciri-ciri yang sama dengan individu yang disyaki dalam video tersebut. 

Suspek yang dikenali sebagai Hendri, disoal siasat dan dibawa ke tempat kejadian untuk mencari barang-barang bukti yang telah dibuang. Tetapi keadaan menjadi tegang apabila suspek tiba-tiba melawan dan menyebabkan polis terpaksa menembak kaki kanannya. Suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut keterangan Hendri, dia merupakan penjual barang kosmetik dan telah memesan 17 paket barangan kosmetik dari pengedar barangan tersebut iaitu Rika. Hendri telah membuat pembayaran pada 31 Mei lalu di tempat kerja Rika, tetapi sehingga kini, barangan yang dipesan masih belum sampai ke tangannya menyebabkan dia bertindak meminta wangnya dikembalinya. 


Bagaimanapun, Rika tidak dapat menunaikan permintaannya kerana urusniaganya tidak membenarkan wang dikembalikan. Dalam pada itu juga, Rika berkata dia akan datang ke rumah Hendri untuk berbincang. 

Rika yang menunggang motosikal jenis Honda Scoopy tiba di rumah suspek dan kedua-duanya berbincang di mana Rika menawarkan digantikan dengan barangan lain. Namun Hendri tetap bertegas mahukan wangnya dikembalikan. Rika pula tetap dengan keputusannya menyebabkan suspek berang lalu menyerang mangsa. 

Suspek menghentak kepala mangsa ke dinding, selain itu suspek juga menikam mangsa dengan senjata tajam sehingga mati. Apabila dia mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, suspek membungkus mayat mangsa dalam kain dan dimasukkan dalam beg dibalut dengan kotak sebelum dibawa dan ditinggalkan di atas motosikal milik mangsa di tepi jalan. 


Suspek kemudian pulang berjalan kaki. Topi keledar milik mangsa dibuang ke sebuah tanah kosong berhampiran lokasi kejadian. Jam lima petang, Hendri keluar membawa plastik hitam berisi pakaian mangsa untuk dibuang di Sungai Deli. 

Ketika ditahan, polis merampas sebilah pisau, seluar jeans pendek berwarna biru dan sehelai jaket hitam. Dua telefon bimbit dan wang tunai Rp2.7 juta turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Sumber TR