Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara!

Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara!
Link Artikel/Video : Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara!

Baca juga


Esscom Bakal DITUTUP?? Komander Akhirnya Bersuara!


Dakwaan kononnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditutup atau organisasi itu dikecilkan adalah tidak betul, kata komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali.

Beliau berkata dakwaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini hanya bertujuan melemahkan semangat serta moral pasukan keselamatan Esscom.

"Jangan percaya berita palsu yang viral mengatakan bahawa Esscom akan ditutup, Esscom akan dikecilkan", katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa Esscom di Lahad Datu.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan A Wahid Khan serta Timbalan Komander Esscom, Brig Jen Datuk Badrul Hisham.

Dalam pada itu, Hazani berkata Esscom komited untuk meneruskan kecemerlangan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

"Esscom akan sentiasa fokus dan merangka pelbagai pendekatan bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara ini berada dalam keadaan terbaik termasuk terus mencapai kejayaan seperti menembak mati empat penjenyah rentas sempadan (KFR) di kawasan perairan Felda Sahabat baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, dengan kerajaan baharu ini, Esscom akan meneruskan komitmen selaku penyelaras strategik keselamatan sekali gus kekal relevan sebagai agensi penyelamat yang melindungi kawasan perairan di Esszone.

-- BERNAMA
Sumber MK