'Ibu temui ajal ditikam anak kandung'

'Ibu temui ajal ditikam anak kandung' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Ibu temui ajal ditikam anak kandung', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Ibu temui ajal ditikam anak kandung'
Link Artikel/Video : 'Ibu temui ajal ditikam anak kandung'

Baca juga


'Ibu temui ajal ditikam anak kandung'

HAYAT seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di dapur rumahnya di Kampung RTB Bukit Canggang, Kuala Langat, hari ini.

Kejadian hanya disedari suami dan seorang lagi anak mangsa berusia 12 tahun apabila mereka pulang ke rumah selepas solat Jumaat pada jam 2.10 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, bapa suspek mendapati anak keenam daripada 10 beradik itu tergesa-gesa berlari ke luar rumah dalam keadaan tangannya berdarah serta hanya memakai tuala.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mengejar anaknya berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota polis yang tiba ke lokasi turut bergelut untuk menahan suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 50 tahun itu ditemui terbaring di dapur dengan kesan tikaman pisau di bahagian kepala,” katanya kepada NSTP.

Kamalariffin berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak yang diasuh berusia dua hingga empat tahun berada di dalam rumah itu.

“Semua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan ketika ditahan suspek dilihat seperti kurang waras, namun siasatan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber HM