Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk...

Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk...
Link Artikel/Video : Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk...

Baca juga


Ingat Lagi Highland Towers? Ini IDEA BERNAS Menteri Perumahan Untuk...

PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan dalam masa terdekat untuk melaksanakan kajian kemungkinan bagi pengambilan tanah dan pembangunan semula kawasan Highland Towers.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata keadaan di kawasan runtuhan Highland Towers berada dalam keadaan mencolok mata sejak sekian lama terutama kepada penduduk di sekitarnya dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan.

“Kawasan tersebut kini menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian dan sarang pencuri dan keadaan ini merisaukan penduduk sekitar,” katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata pihaknya berharap dapat membangunkan semula kawasan Highland Towers itu yang merupakan tanah premium dan berharap harga tanah kawasan itu tidak terjejas ekoran insiden hampir 25 tahun lalu.

Pada 11 Disember 1993, 1 daripada 3 blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang.

Zuraida berkata selain itu pihak KPKT akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara mengenai memberikan kelonggaran penarafan kredit bagi mengatasi masalah peratusan penolakan pinjaman perumahan yang tinggi dalam kalangan golongan B40 & M40.

“Perbincangan dijangka akan dilakukan selepas Aidilfitri kerana kita juga perlu mengambil kira pendapatan ke-2 dan ke-3 dalam kalangan golongan tersebut bagi disekalikan dalam permohonan pinjaman perumahan,” katanya.

Sumber FMT