Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita!

Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita!
Link Artikel/Video : Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita!

Baca juga


Ingat lagi kes ni? Polis akhirnya berjaya jejaki Datin Rozita!


SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan pihaknya telah berjaya menjejaki seorang Datin yang gagal hadir ke Mahkamah Tinggi di sini kelmarin untuk semakan hukuman selepas wanita itu didapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai usaha telah digunakan untuk menjejaki wanita yang dikenali sebagai Datin Rozita Mohamad Ali, 44, selepas pihaknya mendapat notis daripada mahkamah.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan lokasi wanita berkenaan.

"Kita akan menyerahkan notis yang telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah supaya dia (Datin Rozita) hadir ke mahkamah.

"Semua urusan berkaitan perkara tersebut sedang dibuat dan diuruskan oleh peguam baharunya," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya juga tidak mengesahkan bahawa wanita tersebut mempunyai gelaran datin mahupun sebaliknya.

"Saya tidak mengesahkan subjek (wanita) ini mempunyai gelaran datin atau datuk,"ujarnya.

Sabtu minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau telah mengarahkan pihak pendakwaan untuk memfailkan semakan terhadap hukuman tersebut yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana disifatkan terlalu ringan.

Kosmo! pada 15 Mac lalu melaporkan, Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya me­ngenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan wang jaminan RM20,000 terhadap Datin Rozita atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumah warga Indonesia, Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan pisau, payung dan mop lantai dua tahun lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh yang merupakan suri rumah selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa.

Pertuduhan asal terhadapnya sebelum ini adalah cuba membunuh pembantu rumah yang boleh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 21 Disember 2016, Su­yanti ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi longkang oleh pengawal ke­selamatan sebelum diselamatkan orang ramai. - K! ONLINE