Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP!

Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP!
Link Artikel/Video : Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP!

Baca juga


Ini Respons Mengejutkan Jamal Bila Kerajaan Arahkan Restorannya DITUTUP!


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang diburu polis, mengeluarkan kenyataan awal pagi tadi meminta pihak berkuasa tanah Kuala Lumpur menangguhkan arahan penutupan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia yang dibukanya tahun lalu.

"Berkenaan arahan penutupan serta merta Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) Jalan Pahang sebelum 18 Jun 2018, saya meminta jasa baik pihak Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memberi penangguhan sehingga waktu yang lebih sesuai.

"Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu untuk pemindahan barang serta peralatan di RGN1M Jalan Pahang kini.

"Selain itu juga, para petugas di RGN1M Jalan Pahang telah pun mula bercuti untuk menyambut Hari Raya yang dijangka pada Jumaat ini," kata Jamal sambil memaklumkan restoran berkenaan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu dibuka dengan tujuan memberi makan tengahari percuma kepada warga kota.

"Pihak kami tidak pernah sesekali mengambil sebarang keuntungan sepanjang RGN1M ini beroperasi.

"Justeru itu, saya meminta kelonggaran serta keizinan dari pihak tersebut untuk menagguhkan tarikh penutupan tersebut," kata Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu lagi.

Manakala itu, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin dilaporkan Sinar Harian bakal mengadakan pertemuan bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan buntuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai notis penutupan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.

Beliau yang mewakili Jamal berkata, perjumpaan itu bakal berlangsung dalam kadar segera memandangkan notis mengarahkan premis ditutup selewat-lewatnya pada 18 Jun ini.

Selewat-lewatnya 18 Jun

Dalam satu notis Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pengosongan tapak restoran itu perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 18 Jun ini, lapor Sinar Harian.

Notis berkenaan memaklumkan restoran tersebut melakukan kesalahan di bawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara dengan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri.

“Operasi penguatkuasaan mengosongkan tapak ini akan dijalankan pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut berakhir.

“Sekiranya ingkar, jika disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun,” jelas notis itu.

Sumber MK