Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin

Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin
Link Artikel/Video : Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin

Baca juga


Jamal Yunos rupanya bukan ‘serigala’ tapi ‘kucing parsi’, kata Khairuddin


PETALING JAYA: Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini mencabar Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos agar pulang dan berjuang menghadapi pertuduhan terhadapnya di tanah air sendiri.

Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dirinya sebelum ini melawan Datuk Seri Najib Razak semasa menjawat jawatan perdana menteri secara bersemuka sehinggalah dia dipenjarakan.

“Ingatkan Jamal Yunos ‘serigala’ ketika Najib Razak jadi perdana menteri tetapi rupanya dia hanyalah seekor ‘kucing parsi’ sahaja. Belum kena tangkap dah lari lintang pukang. Kalau anak jantan, dia tak perlu lari menghilangkan diri.

“Kini, bila bos dia tumbang, Jamal terus menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengesan Jamal yang dipercayai melarikan diri ke repulik itu.

Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamal selepas pemimpin Umno itu didapati hilang selepas 3 pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu, di mana beliau sedang dirawat.

Jamal nafi melarikan diri dari pihak berkuasa, menegaskan ia cuma salah faham kerana menyangka proses ikat jamin sudah diselesaikan pada hari kejadian. Beliau juga menafikan dia berada di luar negara seperti yang didakwa.

Khairuddin mengingatkan Jamal bahawa lokap dan penjara perkara lumrah dalam perjuangan, lalu menyoal mengapa Jamal takut memasuki penjara.

“Kalau kita samseng tulen, lokap dan penjara adalah sesuatu perkara yang cukup remeh. Perjuangan saya sudah melalui semua itu. Keluar penjara pun saya masih lawan Najib Razak secara habis-habisan,” katanya.

Selain daripada Jamal, Khairuddin turut menasihatkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin pulang ke Malaysia dan meneruskan “perjuangan” di sini sekiranya yakin wadah perjuangannya berteraskan kebenaran.

“Berani kerana benar. Kalau kedua ini takut untuk pulang ke Malaysia, ini membawa erti selama ini perjuangan mereka tidak berasas serta menyalahi undang-undang,” katanya.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes. Polis berkata terdapat baki 6 kes lagi melibatkan Jamal selain daripada 3 kes yang sudah dituduh.

Raja Petra, pengendali blog popular, Malaysia-Today, pula dipercayai berada di United Kingdom, dilaporkan kerana bimbang ditahan tanpa bicara buat kali ketiga oleh kerajaan dulu.

Sumber FMT