KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya

KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya
Link Artikel/Video : KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya

Baca juga


KJ: Kalau saya lompat parti, Pak Lah akan tampar saya


PETALING JAYA: Calon Presiden Umno, Khairy Jamaluddin menafikan beliau bertanding jawatan tertinggi itu dalam pemilihan parti untuk memecahkan undi.

Beliau turut mengulangi janjinya tidak akan meninggalkan Umno jika gagal dalam pemilihan parti esok dan terus setia dengan Umno untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Ada isu yang kata kalau saya kalah, saya akan keluar Umno. Ada juga yang kata saya bertanding jawatan presiden hanya untuk pecah undi. Tiada rundingan untuk pecah undi. Kalau saya lompat parti, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) akan tampar saya,” katanya dipetik Bernama ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Khairy Jamaluddin di Butterworth, malam tadi.

Khairy berkahwin dengan anak Pak Lah, Nori Abdullah pada Oktober 2001 dan kini mempunyai 3 anak.

Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan memastikan Umno menjadi “singa” untuk rakyat Malaysia bagi menuntut janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, sekiranya terpilih menjadi presiden parti, beliau akan memastikan Umno menjadi parti kuat dan bersedia dengan barisan menteri Kabinet bayangan sebelum memasuki Dewan Rakyat pada pertengahan bulan depan.

“Kita kena cepat pulihkan Umno selepas 30 Jun ini. Dua minggu lagi kita akan bersidang di Dewan Rakyat. Saya kalau menang (jawatan presiden Umno), perkara yang pertama kita susun barisan kita dalam Dewan Rakyat.

“Kita masuk Dewan Rakyat bukan sebagai parti yang kalah, tetapi sebagai parti ke-2 terbesar dalam Dewan Rakyat. Jangan kita buat sedih…menyerah kalah. Belum apa-apa lagi nak cakap oh saya akan berunding dengan parti lawan supaya kita dapat minta nyawa daripada mereka. Kita parti yang ada maruah, ada harga diri.

“Kalau kita nak berunding pun, kalau orang nak berunding dengan kita biar dia berunding dengan singa yang sudah mengaum dalam Dewan Rakyat…mengaum untuk rakyat Malaysia.”

Katanya, Umno perlu bangkit mendapat semula sokongan orang Melayu dan kembali tampuk pemerintahan negara.

“Sebab itu saya nak kita bangkit, bangun sebagai parti untuk memastikan Umno ini parti bermaruah dan parti yang dipandang dengan hormat oleh lawan dan juga kawan. Saya mahu supaya kita dapat merayu kepada seramai mungkin orang Melayu untuk kembali bersama dengan perjuangan Umno.”

Sumber FMT