KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN

KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN
Link Artikel/Video : KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN

Baca juga


KJ Mengaku Kerajaan PH Lebih Baik Daripada BN

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini memuji kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) kerana memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada rakan-rakan dari PH, pemberian ini lebih baik daripada apa yang diamalkan kami dahulu, yakni tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil rakyat pembangkang,” tulisnya di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun berharap PH akan mempertimbangkan jumlah peruntukan sama kepada wakil rakyat BN dan PH pada masa depan dengan melaksanakan sistem audit serta pemantauan bagi mengelakkan ketirisan.

“Atas semangat Malaysia Baru, pengundi tidak sepatutnya dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya.

“Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada semua ahli Dewan Rakyat.”

Semalam, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM200,000 dan RM100,000 masing-masing kepada ahli Parlimen serta adun pembangkang yang akan disalurkan sebelum Aidilfitri berbanding RM500,000 dan RM200,000 yang diperuntukkan kepada wakil rakyat PH.

“Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah,” kata Dr Mahathir semalam.

Sementara itu, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau mencadangkan BN membentuk sebuah Kabinet bayangan.

“Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas menteri kerajaan.”

Beliau juga menggesa BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama pada 16 Julai ini dengan mengasingkan tugas parti serta wakil rakyatnya di Parlimen.

“Pengerusi BN tidak semestinya menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Malah, pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula BN.

“Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu pendirian dan polisi yang ditentukan parti BN itu sendiri.”

Sumber FMT