KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita

KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita , kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita
Link Artikel/Video : KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita

Baca juga


KLANG: Mekanik kereta bakar hidup-hidup teman wanita


KLANG - Akibat cemburu, seorang mekanik kereta bertindak membakar teman wanitanya hidup-hidup dalam kejadian di rumahnya di Andalas di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sendiri itu dipercayai terbakar 60 peratus di seluruh badannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa terlebih dahulu dipukul di bahagian badan menggunakan getah paip oleh suspek.

"Suspek kemudiannya bertindak menyimbah petrol dan menyalakan api kepada mangsa sehingga terbakar.

"Impak perbuatan suspek itu juga mengakibatkan kedua-dua tangannya terbakar sebelum pasangan itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau memberitahu, susulan kejadian tersebut suspek telah berjaya ditangkap di hospital berkenaan.

Jelas Shamsul, siasatan awal mendapati pasangan tersebut telah bercinta lebih setahun dengan motif kejadian disebabkan cemburu.

"Perintah tahanan reman akan dilakukan pagi ini terhadap suspek dengan kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan bunuh," katanya. - K! ONLINE