Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO!

Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO!
Link Artikel/Video : Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO!

Baca juga


Lama Berdiam, INI Komen PADU Najib Isu SPRM Beku Akaun UMNO!


SHAH ALAM - Tindakan membekukan akaun Umno dan SUPP oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dilakukan.

Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan menjejaskan aktiviti malah pembinaan semula parti pembangkang dan akan memberi kesukaran kepada kakitangan serta keluarga mereka yang digajikan parti.

Menurutnya,  tindakan itu juga akan menjejaskan aktiviti kemasyarakatan yang berterusan dilakukan parti terutama membantu rakyat yang masih memerlukan dan jasa parti politik seperti Umno ini tidak boleh dinafikan sama sekali.

“Membekukan akaun bank terhadap parti terbesar ini akan menjejaskan kebangkitan pembangkang yang efektif dan dapat dilihat sebagai serangan dan penafian terhadap asas demoraksi,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  SPRM telah membekukan akaun Umno pusat dan Umno negeri Selangor.

Katanya,  beliau turut berkeyakinan hampir pasti akaun Umno negeri Johor turut dibekukan SPRM

Mengulas lanjut Najib mendakwa, berdasarkan pelbagai kenyataan dan laporan media, tindakan kerajaan baharu membekukan akaun Umno dan SUPP dibuat kerana mengesyaki parti politik ini telah menerima dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum PRU13 dan wang itu didakwa kononnya dibelanjakan untuk PRU.

“PRU13 diadakan lima tahun lalu. Untuk itu, membenarkan akaun bank parti politik terbabit beroperasi seperti biasa tanpa dibekukan tidak akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan. Bukankah rekod transaksi akaun bank terbabit mudah diperolehi jika diperlukan penyiasat.

“Parti politik tidak bersalah. Umno dan SUPP tidak bersalah. Sebagaimana parti politik lain termasuk parti di dalam gabungan Pakatan Harapan, adalah satu kelaziman untuk menerima derma politik. Di bawah undang-undang ketika ini, tiada peruntukan perundangan yang menyatakan pembiayaan politik adalah salah,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dengan tindakan kerajaanHarapan membekukan akaun bank pelbagai parti pembangkang termasuk Umno dan SUPP.

“Malah, seorang ahli Parlimen Harapan turut menggesa kerajaan membekukan akaun bank parti politik lain seperti MCA, MIC dan Gerakan,” katanya.

Jelasnya, memandangkan Harapan telah berkempen untuk PRU14 dengan mendakwa saya terlibat dalam pelbagai salah laku, saya mengalukan siasatan terhadap saya namun jangan jadikan parti politik sebagai mangsa.

“Bagaimana sesebuah parti politik dapat mengesahkan sumber dana yang diperolehi?

“Bolehkah Bersatu atau DAP mengesahkan derma yang diterima mereka tidak datang dari penderma yang terlibat dalam aktiviti haram atau kegiatan ekonomi gelap (black economy)?” soalnya.

Sumber SH