Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB!

Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB!
Link Artikel/Video : Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB!

Baca juga


Lim: Kerajaan mungkin jual barangan rampasan berkaitan 1MDB!


PUTRAJAYA: Kerajaan akan berusaha untuk menukar barangan yang dirampas dari beberapa premis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wang tunai.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan akan menjual sebahagian besar barang kemas dan barangan mewah terbabit termasuk rantai berlian, tiara dan beg tangan berjenama, yang disita dalam siasatan berkaitan 1MDB seperti yang diumumkan pada Rabu.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa 12,000 keping barang kemas, 567 beg tangan, 423 jam tangan dan 234 cermin mata telah dirampas bulan lalu daripada hartanah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib.

"Saya fikir kita akan cuba memanfaatkannya melalui penukaran tunai, di mana sahaja kita boleh, tetapi ingat walaupun ianya berjumlah RM1 bilion, namun ia tidak mampu menyelesaikan penggelapan wang yang diambil dari hasil negara, melalui 1MDB yang dianggarkan sebanyak RM50 bilion.

"Bukan kita sahaja yang akan menanggung semua itu sebaliknya anak-anak kita perlu membayarnya sehingga 2039," jelasnya dalam temubual bersama agensi berita Associated Press pada Jumaat.

Tambahnya nilai rampasan tersebut diibarat "setitis air di lautan" berbanding jumlah RM50 bilion atau AS$12.4 bilion yang dipercayai telah dicuri daripada dana pelaburan negera 1MDB.

Pada Rabu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan nilai rampasan berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion atau AS$273 juta.

Namun Najib dalam satu laporan menyifatkan nilai barang rampasan, terutamanya barang kemas, oleh pihak polis dalam siasatan terhadapnya sebagai subjektif dan tidak realistik.

Sumber AA / Gambar MalaysiaKini.com