Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti!

Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Info, Info Islam, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti!
Link Artikel/Video : Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti!

Baca juga


Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke? Ini Jawap Mufti!


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan umat Islam yang meninggal dunia ketika Ramadan secara asasnya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah serta amalan kebaikan yang dilakukan ketika di dunia dahulu.

Bagaimanapun, tidak mendapati hadith-hadith yang sahih berkaitan kelebihan mati pada bulan Ramadan.

"Bulan Ramadhan merupakan musim beramal. Semoga kematiannya dalam bulan Ramadan menjadi suatu kelebihan buatnya oleh Allah SWT kerana keadaannya yang sedang beramal," katanya dipetik menerusi akaun Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

Tambahnya, jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa ajalnya pada Ramadan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husn al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).

"Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah SWT pada bila-bila masa sahaja.

"Sifat rahmat dan keampunan Allah SWT amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu," katanya.

Beliau juga menjelaskan manusia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tempat atau waktu kematian kerana ia merupakan hak Allah SWT.

"Kita hanya dituntut untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini supaya dengan amalan tersebut akan membawa kita ke dalam syurga Allah SWT.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kita pengakhiran hidup yang baik. Amin," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi via Gempak