PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik...

PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik...
Link Artikel/Video : PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik...

Baca juga


PADU! Nazri Jawab Kenyataan KJ Mahu Bebaskan Umno dari Panglima Politik...


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak ada masalah dengan ikrar Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk "membebaskan Umno dari cengkaman panglima politik" meski mengakui beliau adalah salah seorang daripadanya.

"Betul, masih ramai panglima politik dalam Umno. Itu lumrah dalam sesebuah parti.

"Itu pendapat Khairy sendiri. Tak ada masalah. Contohnya, saya panglima politik di Padang Rengas. Saya sudah menjadi ketua bahagian di situ untuk 20 tahun," katanya.

Awal hari ini, Khairy mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden Umno dan menyatakan ikrarnya untuk menerajui Umno menjadi parti yang lebih terbuka dan bebas daripada cengkaman warlords (panglima politik).

Diminta mengulas lanjut, Nazri berkata, "kita tunggu dan lihat" sama ada Khairy mampu.

"Kita perlu tunggu dan lihat keputusan namun apa pun jadi di peringkat tertinggi, saya akan sentiasa jadi panglima politik Padang Rengas," katanya."

Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan presiden Umno namun ramai pihak bertumpu kepada tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Tambah Nazri, umur Khairy atau mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya menjadi ukuran kemampuan mereka.

Nazri juga menegaskan dirinya sebagai penyokong Ahmad Zahid meskipun mengalu-alukan pencabar lain.

"Saya rasa masing-masing yang bertanding mempunyai rancangan mereka sendiri untuk membangkitkan Umno dan satu-satunya cara untuk mereka melaksanakan hal itu adalah dengan menjawat jawatan tertinggi parti. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

"Untuk saya, saya akan menyokong Ahmad Zahid dan Tan Sri Annuar Musa demi kesatuan, kestabilan dan kelangsungan (Umno)," katanya.

Untuk memberi sokongan kepada Ahmad Zahid, Nazri berkata, beliau akan membantu pemangku presiden Umno itu berkempen meskipun tempoh kempen singkat.

"Saya tidak pasti apa peluang AHmad Zahid untuk menang tapi saya akan sokong dia.

"Mungkin agak lewat kerana kita cuma ada 13 hari (berkempen) dan itu tidak berapa baik... tapi saya akan hubungi rakan-rakan saya dan meminta mereka menyokon Ahmad Zahid," katanya.

Sumber MK