Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno!

Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno!
Link Artikel/Video : Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno!

Baca juga


Patutlaaa..Ini Sebab Pemuda UMNO Mahu Lancar Tabung Umno!


UMNO berhasrat melancarkan tabung khas untuk mengutip derma bagi membiayai program parti itu jika akaun parti terus dibekukan Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan akan dibincangkan dengan barisan Exco Isnin ini.

Katanya, walaupun terkesan dengan pembekuan berkenaan termasuk untuk pembayaran gaji pekerja, semangat mereka tidak luntur walaupun UMNO hari ini ditindas.

“Kita tidak tahu sampai bila akaun akan dibekukan dan dan sekiranya perlu, akan mengisytiharkan tabung untuk mengutip derma bagi membiayai program kita lakukan.

“Mereka mahu tindas atau lakukan apa saja terhadap UMNO, kita tidak kisah kerana saya melihat semangat ahli UMNO khususnya Pemuda tidak akan mengalah kerana duit bukan segala-galanya.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan pemilihan UMNO minggu lalu, Pemuda sudah memberi isyarat bahawa apa yang kita pentingkan perjuangan bukannya wang.

“Semakin mereka (Pakatan Harapan) menekan kita, semakin kita bangkit. Ini kerana semangat kita tidak akan terjejas hanya kerana akaun parti dibekukan kerana mereka tidak boleh menutup semangat perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Akhbar semalam melaporkan, 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB termasuk milik UMNO dibekukan.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, sekiranya gagal menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO bagi melakukan perubahan dalam parti itu, beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang.

“Saya ‘target’ dalam tempoh tiga tahun ini, saya perlu membida asas Pemuda menerusi program pengkaderan dan pentarbiahan.

“Justeru, saya berharap jentera Pemuda UMNO sama-sama membantu untuk menguatkan kembali jentera bagi meraih semula keyakinan rakyat,” katanya.

Sumber HM