Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab

Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab
Link Artikel/Video : Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab

Baca juga


Pemandu Teksi Kesal Kerajaan PH Gagal Tunai Janji Hapus Grab


SHAH ALAM – Pemandu teksi di negara ini kesal dengan Kementerian Pengangkutan yang tidak mengharamkan perkhidmatan e-hailing, Grab sebaliknya mengekalkan jawatan individu yang selama ini menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka.

Mewakili suara pemandu teksi, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim), Kamarudin Mohd Hussain berkata, keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengekalkan jawatan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) di unit Perancangan, dan Pembangunan Sektor Pengangkutan Awam Darat benar-benar memberi tamparan hebat kepada mereka.

“Kami telah hilang kepercayaan terhadap mereka yang bertugas di Spad dan tindakan mengekalkan mereka dengan jawatan asal memberi gambaran awal sejarah pentadbiran Kerajaan BN akan berulang lagi serta kebajikan kami tidak akan terbela,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Persim faham perbezaan antara Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Apad) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) yang akan menggantikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

“Tetapi yang kami tidak boleh terima adalah keputusan menteri mengekalkan jawatan dan mereka yang selama ini menabur pasir ke dalam periuk nasi kami,” katanya.

Kamarudin juga mempersoalkan apakah Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai golongan bijak pandai yang mampu menggantikan pegawai-pegawai Spad yang telah terbukti gagal membawa sebarang pembaharuan kepada industri itu sejak 2010.

“Sepatutnya Kementerian Pengangkutan menyegerakan penyelesaian isu kereta sapu Grab yang terang-terang mencabuli kedaulatan undang-undang dan bukannya menyelamatkan periuk nasi pegawai-pegawai Spad yang menggalakkan masyarakat mencabuli Undang-Undang,” katanya.

Beliau berharap Kementerian Pengangkutan tidak berdolak-dalik dalam isu yang sangat meruncing ini.

“Kami bukan ingin menentang mana-mana pihak khususnya Kerajaan, tetapi kami berhak bersuara apabila kami melihat kepercayaan yang kami berikan kepada Kerajaan secara umumnya kepada Kementerian Pengangkutan seperti tidak dihargai.

“Kementerian Pengangkutan seolah-olah tidak melihat isu periuk nasi kami yang kini semakin berpasir sebagai satu isu yang sangat penting,” katanya.

Dalam pada itu Kamarudin berkata, Persim berharap Kementerian Pengangkutan tidak terus menerus membuat keputusan bersendirian tanpa mengadakan perbincangan dengan pemain industri.

“Pesanan ringkas dari kami, jangan buat keputusan yang memberi kesan negatif warga pemain industri (teksi, bas dan lori) terhadap Kerajaan Harapan,” katanya. – Sinar

Sumber ST