PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low!

PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low!
Link Artikel/Video : PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low!

Baca juga


PM Dedah Sebab Sebenar Masih Belum Berjaya Tangkap Jho Low!


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan pihak berkuasa negara ini sedang berusaha untuk menangkap tokoh perniagaan kontroversial berkaitan 1MDB Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini, Dr Mahathir walau bagaimanapun mendedahkan terdapat masalah dalam usaha itu kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang tidak disebutkan di mana Low dipercayai sedang bersembunyi.

"Kami sedang berusaha menangkap Jho Low tetapi dia tidak berada dalam negara dan kami tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang dia tinggal itu," kata Mahathir ketika diminta mengesahkan laporan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Low.

Ditanya mengenai alasan di sebalik untuk menahan Low, Mahathir berkata ia berdasarkan siasatan pihak berkuasa terhadap peranannya dalam skandal 1MDB.

"Saya fikir mereka telah menyiasat peranannya dalam 1MDB dan ini akan menjadi alasan untuk menagkapnya," kata Dr Mahathir selepas bermesyuarat dengan beberapa menteri serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sumber SPRM, semalam mendedahkan kepada Malaysiakini bahawa waran tangkap ke atas Low serta seorang lembaga pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil telah dikeluarkan beberapa hari lalu.

Memetik sumber, Bloomberg pula melaporkan bahawa SPRM juga mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi, dan bekas tokoh perbankan Goldman Sach, Roger Ng.

Sumber MK