Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir!

Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir!
Link Artikel/Video : Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir!

Baca juga


Ramai Kritik Projek Kereta Baru, Ini Jawapan WIN Tun Mahathir!

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.

"Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit," katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu untuk Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.

"Kita perlu menghidupkan mereka semula kerana keseluruhan idea mengenai pelaburan dalam kereta nasional bukan sekadar membina sebuah kereta nasional, ia menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia," kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, itu adalah apa yang sebenarnya berlaku dengan projek Proton.

Dr Mahathir berkata, industri automotif adalah pasaran yang sangat besar.

"Di seluruh dunia, syarikat memperolehi komponen kereta melalui penyumberan luar, kita boleh menghasilkan komponen kereta berjenama di Malaysia dan mengeksportnya yang akan menghasilkan banyak pertukaran asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang mahu terlibat dalam projek kereta baharu itu perlu mengemukakan cadangan.

"Jika cadangan itu baik, kita perlu memberi peluang kepada mereka. Bagaimanapun, kita tidak mahu memberi lesen kepada orang untuk mereka jual (kepada pihak lain). Ini adalah sesuatu yang kerajaan ini akan hentikan," katanya.

"Sekiranya kita memberi lesen kepada orang itu, orang itu mesti melakukan kerja itu. Jika dia didapati menjual lesen itu kepada orang lain, kita akan mengambilnya balik," tambahnya.

- Bernama
Sumber MK