Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh!

Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh!
Link Artikel/Video : Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh!

Baca juga


Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta? Tengok apa kata Amar Singh!

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.

"Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Rabu.

Laporan yang dikeluarkan semalam (12 Jun) oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata, sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.

Laporan suratkhabar itu turut dipetik berkata, hasil penilaian ke atas jam tangan tersebut oleh pakar menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.

Sumber Awani