Remaja putus kepala

Remaja putus kepala - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Remaja putus kepala, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Remaja putus kepala
Link Artikel/Video : Remaja putus kepala

Baca juga


Remaja putus kepala


PARIT BUNTAR: Seorang remaja lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Parit Mat Alam, Titi Serong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 6.15 pagi itu, mangsa, Ng Yan Heng, 17, berasal dari Tanjung Piandang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kepala terputus manakala rakannya, identiti belum diketahui yang memandu kenderaan hanya cedera ringan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan Isuzu Dmax tercampak keluar dari kenderaan berkenaan selepas bertembung dengan sebuah PROTON Saga.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 6.30 pagi tadi dan siasatan masih dijalankan.

"Dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki disahkan maut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Ng Shook Chew, 46, ketika ditemui di pekarangan Hospital Parit Buntar enggan mengulas kerana masih terkejut.

Dia hanya memaklumkan anaknya berkerja di sebuah bengkel mengecat kereta di Nibong Tebal dan memberitahu mahu keluar bersama seorang rakan pada jam 11 malam tadi menerusi panggilan telefon.

Sumber BH