'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan'

'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan'
Link Artikel/Video : 'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan'

Baca juga


'Saya akan lapor SPRM jika ada anggota BERSATU guna nama parti urus bazar Ramadan'

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mendapati terdapat penyelewengan berlaku pada partinya itu.

Beliau berkata demikian susulan penyebaran tangkap layar sepucuk surat yang mempunyai logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang disertakan dengan nama serta jawatan Pemuda BERSATU Wilayah Persekutuan.

Surat yang tular di media sosial itu dipercayai berhubung urusan tapak bazar Ramadan tahun ini.

"Saya tidak akan membiarkan penggunaan nama mana-mana parti bagi mendapatkan favour (habuan) daripada kerajaan.

"Jika surat ini sahih dan kerana ia (melibatkan) parti politik, habuan itu diperoleh secara tidak sah.

"Saya sendiri akan melaporkan kes ini kepada SPRM dan berharap sesiapa yang terlibat akan melakukan tindakan sama.

"Tidak gentar untuk membina semula Malaysia baru walaupun mereka ahli parti saya," katanya kepada Malaysiakini lewat malam tadi.

Sementara itu, melalui kenyataan media awal hari ini, Syed Saddiq menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan.

Anggota parlimen Muar itu turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya.

"Berada dalam kerajaan, bukan bermakna saya mengiakan semua salah laku yang berada didepan mata saya," katanya.

Sumber MK