SPRM digesa siasat juga akaun Pas

SPRM digesa siasat juga akaun Pas - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SPRM digesa siasat juga akaun Pas, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SPRM digesa siasat juga akaun Pas
Link Artikel/Video : SPRM digesa siasat juga akaun Pas

Baca juga


SPRM digesa siasat juga akaun Pas


SHAH ALAM - Pemuda Amanah menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh akaun pihak lain yang menerima wang daripada Umno termasuk akaun Pas.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, siasatan berkenaan adalah berdasarkan pendedahan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pas ada menerima RM1.5 juta daripada Umno.

Katanya, pemberian wang ini boleh dianggap tergolong dalam aliran pengubahan wang haram kerana diterima daripada Umno yang akaunnya dibekukan kerana disyaki melanggar peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

“Pemberian wang yang begitu banyak kepada Pas ini juga menimbulkan tanda tanya berkenaan sumber wang yang Umno perolehi.

“Dalam menjalankan siasatan di bawah AMLA, akaun Pas juga boleh dibekukan menurut seksyen 44 AMLA,” katanya melalui kenyataan media.

Menurutnya, pengakuan Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki bahawa wang tersebut adalah derma juga membuka ruang kepada satu siasatan dijalankan terhadap Pas kerana derma ditafsirkan sebagai suapan menurut seksyen 3 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, tindakan Pas yang mesra Umno dan membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1 Malaysia Development BHD (1MDB) sebelum PRU14 menimbulkan syak munasabah untuk akaun Pas disiasat.

“Pemuda Amanah berpendirian bahawa tiada sesiapa yang boleh dilepaskan dalam siasatan skandal mega 1MDB. Ini kerana kecurian wang yang terlibat adalah begitu besar dan menjijikkan berikutan rampasan ratusan juta wang tunai dan barangan mewah di premis-premis yang dikaitkan dengan Najib yang sedang disiasat dalam kes penyelewengan dana 1MDB,” katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, akaun Umno telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SH