"Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq

"Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq
Link Artikel/Video : "Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq

Baca juga


"Tanding Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung" kata Syed Saddiq

PETALING JAYA: "Tanding jawatan Presiden UMNO atau jangan bertanding langsung."

Ringkas tetapi padat pesanan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada rakan sejawatannya daripada UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kenyataan itu antara nasihat Ahli Parlimen Muar berkenaan kepada Khairy sebagai mengambil tanggungjawab atas kegagalan menarik sokongan anak muda untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Syed Saddiq berkata, tindakan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti akhir bulan ini adalah cara terbaik untuk Khairy mencorakkan kembali masa depan UMNO, sekali gus menjadikan parti itu sebagai pembangkang yang kuat.

"Nasihat saya ialah KJ (Khairy) kena bertanding jawatan presiden atau (jika tidak) jangan bertanding langsung seperti Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri UMNO).

"Ia sebagai mengambil tanggungjawab penuh kekalahan BN yang gagal meraih pengundi muda atau untuk menghantar mesej jelas beliau boleh mendapatkan semula sokongan pengundi termasuk anak muda, sekali gus mencorakkan masa depan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama NSTP di Ibu Pejabat PPBM, di sini, hari ini.

Awal bulan ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mengesahkan akan bertanding merebut jawatan naib presiden yang ketika ini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Khairy adalah calon terbaik menerajui parti itu berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan.

Bagaimanapun, Khairy dalam reaksinya enggan mengambil serius pandangan Perdana Menteri itu dan menyifatkannya satu sindiran.

Syed Saddiq berkata, tidak banyak boleh dilakukan Khairy jika hanya bertanding jawatan naib presiden.

"Lebih baik beliau bertanding presiden. Apabila Dr Mahathir kata KJ perlu bertanding presiden, KJ jawab ia sindiran. Saya yakin itu bukan sindiran. Dalam PPBM, Dr Mahathir sentiasa mahu mengangkat anak muda menjadi pemimpin.

"Pada masa sama, mungkin beliau (Dr Mahathir) hendak melihat pembaharuan dalam UMNO supaya parti itu menjadi pembangkang yang kuat. Kalau masih `play safe', hanya naik satu tahap sebagai naib presiden, apa yang boleh dibuat.

"KJ tidak mahu memecahkan struktur UMNO lama. Saya tak tahu apa lagi, sudah kalah teruk tetapi masih hendak mengekalkan pimpinan yang sama," katanya.

Mengulas kegagalan Khairy dalam menarik sokongan anak muda kepada UMNO/BN pada PRU lalu, Syed Saddiq berkata, tindakan Khairy yang berdiam diri dalam pelbagai isu khususnya isu penyelewengan dan rasuah kepemimpinan terdahulu menyebabkan rakyat menghantar mesej jelas dengan menolak UMNO/BN.

Beliau berkata, golongan muda hari ini adalah kelompok intelektual yang menilai dan memerhati perkembangan politik negara dengan bijak.

"Program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara antara program yang baik tetapi anak muda mengundi bukan kerana nak Fit Malaysia atau Hari Sukan Negara atau KJ, mereka mengundi masa depan mereka.

"Mereka mengundi pasal isu rasuah, penyelewengan, kos sara hidup, mereka mengundi parti itu secara keseluruhan dan anak muda dapat menilai siapa yang dapat mewakili suara mereka dan penanda aras mereka adalah isu rasuah, kos sara hidup yang dekat dengan hati mereka.

"Masalah utama KJ bukan program tetapi isu penyelewengan. Dia berdiam diri apabila ramai anak muda bersuara, mereka ditekan, dibuang universiti, digantung pelajaran, dibuang kerja hanya kerana mereka bersuara berani menentang arus untuk memastikan masa depan negara terbela.

"KJ mendiamkan diri, saya rasa itu isu utama. Walaupun program dilaksanakannya sangat baik dan saya kena puji dalam bab itu tetapi 'he cannot stand alone' (tidak boleh bersendirian).

Saya yakin kalau beliau bersuara, tidak 'play safe', perubahan akan berlaku dalam UMNO dan BN.

"Alhamdulillah, sekarang dia sudah insaf. Sekurang-kurangnya dia tahu masalah jika nak dibandingkan dengan pemimpin lain yang masih tak mahu mengaku," katanya.

Mengulas gabungan pencalonan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing untuk pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, Syed Saddiq berkata, Mohamad sesuai untuk jawatan nombor dua yang mampu membawa perubahan besar kepada parti itu.

Bagaimanapun, beliau berpendapat pencalonan Tengku Razaleigh akan menyaksikan UMNO terkebelakang dalam memenuhi kehendak dan tuntutan ahli yang mahukan kepemimpinan baharu.

"Saya fikir Ku Li (Tengku Razaleigh) tidak berupaya memenuhi kehendak dan aspirasi golongan muda seperti KJ atau pemimpin muda yang lain," katanya.

Sumber BH