Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup...

Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Video Politik, Video Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup...
Link Artikel/Video : Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup...

Baca juga


Terjawab! Muhyiddin Akhirnya Bersuara Isu Ketua Polis Negara Diganti, Jabatan Ditutup...

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan terdapat rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan sejak semalam.

Katanya susulan laporan terbabit, beliau menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai dan wakil media mengenai perkara berkenaan.

“Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan depan seperti mana yang disiarkan di media massa.

“Bagaimanapun, selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan yang mengutamakan tadbir urus yang baik, saya sedang meneliti keperluan mengadakan rombakan di PDRM untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan kerajaan berfungsi dengan penuh tanggungjawab, telus dan berintegriti.

Semalam, beberapa akhbar tempatan melaporkan akan berlaku rombakan besar-besar dalam PDRM antaranya melibatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beberapa pegawai kanan polis turut dikatakan akan digugurkan bulan depan susulan usaha kerajaan baru“membersihkan” badan penguatkuasaan itu.

Memetik sumber, Straits Times Singapura melaporkan, tiga jabatan yang didakwa terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dan beberapa pegawainya dikatakan akan dipecat.

“Ya, gempa 8.5 Richter akan berlaku Julai ini,” kata sumber.

Sumber mendakwa orang “nombor satu” PDRM akan menjadi orang pertama disingkirkan tetapi tidak menjelaskan sebabnya.

Fuzi baru sembilan bulan dilantik ke jawatan itu oleh perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak selepas pendahulunya bersara.

Tiga jabatan yang dikatakan akan dimansuhkan itu ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Sumber itu mendakwa ketiga-tiga jabatan berkenaan disyakati terlibat dalam rasuah untuk melindungi jenayah yang sepatutnya dibasmi mereka.

Sumber MK