'Tok Mat' pula letak jawatan...

'Tok Mat' pula letak jawatan... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Tok Mat' pula letak jawatan..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Tok Mat' pula letak jawatan...
Link Artikel/Video : 'Tok Mat' pula letak jawatan...

Baca juga


'Tok Mat' pula letak jawatan...


SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan melepaskan semua jawatannya dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) termasuk presiden.

Turut meletakkan jawatan ialah Naib Presiden PBNS, Datuk Ab. Ghani Hassan dan Bendahari persatuan yang juga pengurus pasukan Liga Super, Datuk Mohamad Haslah Mohd. Amin.

Timbalan Presiden PBNS, Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata, jawatankuasa eksekutif persatuan yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menerima peletakan jawatan terbabit.

"PBNS mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang mereka berikan sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan.

"Kami harap peminat terus memberi sokongan kepada persatuan dan sasaran kita musim ini sekurang-kurangnya mengekalkan pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sumber- K! ONLINE