Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya

Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya
Link Artikel/Video : Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya

Baca juga


Tun M digesa derma 10% kekayaan anak-anaknya

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao mendesak anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyumbang sebahagian daripada kekayaan keluarganya untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan untuk membiayai hutang negara.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata, anak-anak Mahathir yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan mempunyai kekayaan bernilai berbilion ringgit dan mereka sepatutnya kumpulan paling awal menderm kepada tabung berkenaan.

“Anak Tun M, Tan Sri Mokhzani pada tahun 2014 sudah disenaraikan sebagai orang kesembilan terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM4.22 bilion.

“Mungkin tahun 2018, beliau tidak termasuk dalam senarai itu kerana beliau dilaporkan sudah menjual saham dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan gas dan petroleum, bagaimanapun, pada tahun 2014 beliau adalah orang Melayu kedua terkaya selepas Tan Sri Syed Mokhtar.

“Tidak ada sebab mengapa Mokhzani tidak boleh bertindak awal dengan menderma kekayaannya ke dalam tabung berkenaan,” kata Ramesh.

Untuk rekod, Mokhzani turut memiliki sebuah kereta mewah jenis Bugatti Veyron yang dikatakan hanya ada tiga buah sahaja di Malaysia dan harganya setiap satu ialah RM10 juta, dakwanya.

Ramesh berkata, untuk permulaan, sebagai Perdana Menteri, Mahathir boleh mendapatkan 10 peratus daripada kekayaan anak-anaknya untuk disalurkan ke tabung berkenaan.

“Kekayaan mereka tidak terjejas jika kerajaan ambil 10 peratus untuk membiayai tabung berkenaan untuk bantu bayar hutang negara.

“Lebih elok susah sama susah, dan apabila senang sama-sama senang, apabila rakyat diharap memberikan sumbangan derma, rakyat yang kaya biasanya lebih elok menderma terlebih dahulu.

“Lebih elok dimulakan dengan harta kekayaan dari anak-anak Mahathir,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Selain Mokhzani, Mahathir yang lain juga kaya seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, ada aset kira-kira RM540 juta selain Mirzan yang dikatakan ada rekod pemilikan 156 syarikat dengan aset RM780 juta.

Datin Paduka Marina pula dakwanya ada pemilikan ke atas 52 syarikat dan ada aset kekayaan bernilai kira-kira RM80 juta.

“Kalau boleh, syarikat-syarikat yang jadi besar dan kaya ketika zaman pentadbiran Mahathir juga perlu menyumbangkan kekayaan mereka kepada tabung itu.

“Dengan sumbangan dari tokoh perniagaan ini, kutipan akan dapat dilakukan dengan cepat dan hutang negara boleh diselesaikan.

“Kita kesal, jangan hanya rakyat diminta memberikan sumbangan tetapi peniaga-peniaga kaya terus jadi kaya tanpa memberikan sumbangan apa sekalipun,” kata Ramesh.

Sumber- MalaysiaGazette