'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'

'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'
Link Artikel/Video : 'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'

Baca juga


'Usir warga asing dari rumah PPR, atau...'


PUTRAJAYA: Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada penyewa warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk pelucutan hak pemilikan rumah.

Jelasnya, tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di bawah Kementerian di seluruh negara.

"Yang memiliki atau menyewa premis-premis rumah yang dibina oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) khususnya PPR, kita beri masa tiga bulan untuk pemilik rumah mengosongkan rumah mereka daripada penyewa warga asing.

"Tiga bulan dari sekarang, kalau mereka gagal, penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan rumah-rumah PPR di bawah KPKT tidak lagi diduduki warga asing.

"Ini hanya permulaan… rumah-rumah yang dijaga di bawah KPKT. Kemudian kita akan beransur kepada perumahan di bawah sektor-sektor lain pula," katanya pada sidang media di KPKT di sini, siang tadi.

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang ditinggal terbiar selepas tragedi tanah runtuh 25 tahun lalu.

Tapak berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan ia merisaukan penduduk di kawasan itu, katanya.

"Kita juga akan mewujudkan jawatan khas untuk kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) bagi mengambil balik tanah dan mengelola semula rumah yang telah runtuh di kawasan Highland Towers.

"Saya akan lihat bagaimana kita boleh teruskan pembangunan di situ agar harga nilai tanah di kawasan itu tidak terus terjejas oleh tragedi Highland Towers," katanya.

Sumber Awani