Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim

Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Media Sosial, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim
Link Artikel/Video : Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim

Baca juga


Zizan Razak beri amaran pada Fikry Ibrahim


TERBARU menerusi Instagram milik pelawak terkenal yang meningkat naik namanya menerusi drama Rahsia Hati Perempuan iaitu Fikry Ibrahim tampil memohon izin daripada pelakon Zizan Razak.

Menurut Fikry yang membawa watak Mikael gandingan heroin Mira Filzah sebagai Ilaina dalam drama tersebut, permohonan itu diajukan kepada Zizan atas alasan untuk bersanding dengan Mira pada episod ke-17 malam Isnin.

"Zizan Razak pinjam sat na," tulis Fikry.

Pada masa sama Zizan turut membalas kenyataan itu dengan komen yang dianggap lelaki budiman.

"Hang jangan kasi dia nangis ja. Kalau dia nangis lagi siap hang," komen Zizan.

Pun begitu, buat pembaca dan peminat setia pelakon Mira Filzah, Fikry Ibrahim dan Zizan Razak usah cepat melatah kerana ini hanya sekadar lawak semata-mata.

Walau bagaimanapun, sebelum ini Sinar Harian melaporkan Mira Filzah menepis gosip bercinta dengan Zizan, sementelah itu, Mira juga mengakui selesa bersahabat dengan Zizan Razak.

Drama ini memaparkan kisah cinta dan persahabatan, kekasih dan pengorbanan antara teraju utama Fikry Ibrahim sebagai Mikael, Hisyam Hamid sebagai Zayn dan Mira Filzah sebagai Ilaina.

Selain, tiga barisan teraju utama antara barisan bintang lain yang menjayakan drama terbitan Michael Ang ini ialah Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

Sumber Sinar