Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong

Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong
Link Artikel/Video : Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong

Baca juga


Diperdaya bomoh, dirogol dalam tokong

Hasanuddin (tengah) bersama isteri, Datin Farida Hanim Ruslan (kiri); Ismail (kanan) serta para media dan pengujung yang memeriahkan rumah terbuka itu.
KOTA BHARU – Hajat seorang wanita berusia 40 tahun mahu “membuang sial” bertukar tragedi apabila menjadi mangsa rogol bomoh yang merawatnya di sebuah hotel; rumah sewa dan tokong di bandar ini, bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian pertama berlaku pada jam 6.30 petang,  7 Jun lalu sebelum bomoh berkenaan dipercayai beberapa kali merogol mangsa sepanjang dua minggu menjalani rawatan.

Katanya, mangsa juga pengadu dalam kes ini pada asalnya ditemani suami bertemu suspek pada Mei 2018 untuk mendapatkan rawatan tradisional kerana dikatakan terkena buatan orang dan perlu diubati segera.

“Pengadu diminta menyediakan beberapa jenis barang seperti lima kelapa; kelopak bunga dan satu tempat untuk upacara perubatan menyebabkan pengadu menyewa sebuah rumah. Pada hujung bulan Mei, 2018 pengadu melakukan upacara mandi bunga di sebuah chalet di Pantai Cahaya Bulan yang dihadiri suami pengadu dan kawan-kawannya.

“Setelah selesai upacara tersebut, suspek memberitahu suami pengadu bahawa isterinya itu tidak boleh melanggar pantang iaitu dilarang hadir ke majlis perkahwinan dan makan di tempat kenduri, namun mangsa dikatakan langgar pantang kerana suaminya terlupa memaklumkan perkara itu,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Aidilfitri Balai Polis Kota Bharu tadi yang dihadiri 1,000 tetamu termasuk Timbalannya, Datuk Din Ahmad; Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik; Ketua Polis Balai Kota Bharu Assisten Supritenden Hasbullah Noor; agensi dan badan bukan kerajaan.

Sumber SH