Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas

Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas
Link Artikel/Video : Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas

Baca juga


Isnin bank buka, boleh lihat duit Pas


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mencabar kepimpinan Pakatan Harapan untuk memeriksa dan menyiasat akaun parti tersebut yang dikaitkan dengan isu pengubahan wang haram.

Dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya semalam, beliau secara sinis mengatakan bank sudah beroperasi pada hari Isnin dan ia bermakna kerajaan boleh mengarahkan pihak berwajib segera memeriksa akaun Pas.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bagaimanapun mengingatkan setiap tindakan diambil perlu mengikut prosedur dan bukan dibuat secara hentam kromo.

"Isnin ini bank sudah buka. Boleh arahkan pihak berwajib lihat duit Pas dalam bank. Tapi ikut prosedurlah. Bukan main hentam kromo dan guna media. Main-main arah dan tuduh supaya akaun Pas dibeku kerana terlibat dalam pengubahan wang haram.

"Pakatan Harapan ini hendak tadbir cara demokrasi atau majlis revolusi. Main langgar sahaja untuk buat tuduh dan fitnah. Sekarang PH (Harapan) sudah ada kuasa, ambil sahaja tindakan," sindirnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu, Idris turut mengingatkan pihak berkuasa supaya turut menyiasat akaun Pakatan Harapan dan bukan hanya tertumpu kepada Pas dan Umno.

"Jangan lupa juga tolong siasat akaun parti Harapan sama. Jangan pula paku dulang paku serpih, tuduh orang dia yang lebih," katanya.

Baru-baru ini, Pemuda Amanah menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh akaun beberapa pihak dipercayai menerima wang daripada Umno termasuk akaun Pas.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Ketuanya, Muhammad Faiz Fadzil berdasarkan pendedahan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas menerima RM 1.5 juta daripada Umno.

Sumber SH