Khir Toyo pun keluar Umno?

Khir Toyo pun keluar Umno? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Khir Toyo pun keluar Umno?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Khir Toyo pun keluar Umno?
Link Artikel/Video : Khir Toyo pun keluar Umno?

Baca juga


Khir Toyo pun keluar Umno?


SHAH ALAM - Timbul spekulasi mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bakal keluar Umno.

Mohamad Khir membayangkan keputusan itu dalam satu grup WhatsApp yang tular malam tadi.

Beliau dikatakan bertindak demikian kerana kecewa apabila ada pemimpin yang menjadi buruan polis menang pemilihan parti.

Beliau juga didakwa telah hilang kepercayaan kepada Umno dan berpandangan tiada guna kekal dalam parti itu.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej itu yang dikatakan daripada Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Mohamad Khir ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengesahkan atau menafikan kesahihan mesej itu.

Sebaliknya, beliau berkata akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mohamad Khir itu sebelum ini ingin membuat kemunculan semula dalam politik apabila menawarkan diri bertanding jawatan Ahli MT dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bagaimanapun, hasrat beliau tidak kesampaian apabila namanya tidak melepasi saringan parti.

Sumber SH