Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak

Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Masyarakat, Info Semasa, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak
Link Artikel/Video : Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak

Baca juga


Nikah 11 Tahun. Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak


SAYA TAK PERNAH BERHUTANG DENGAN MENANTU
Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki 41 tahun, menafikan mereka terhutang budi sehingga menyerahkan anaknya untuk berkahwin di usia muda.

Warga Thailand, Madroseh Romadsa, 49, dari Kampung Nara, memberitahu, dia tidak pernah berhutang dengan menantu, Che Abdul Karim Che Hamid, sepanjang mengenalinya sejak 20 tahun lalu.

Katanya, tuduhan mengenai dia sekeluarga berhutang dan terhutang budi sehingga ‘menjual’ anak adalah tuduhan tidak berasas.

“Kenapa saya perlu menjual anak sekiranya berhutang? Lebih baik saya lari ke Thailand sekiranya betul saya mahu lari dari hutang.

“Saya terkilan bila ada tuduhan begitu kerana mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan ataupun agenda lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Panggung Lalat, di sini, hari ini.

Tambah Madroseh, dia dan isteri, Ameenoh Hitae, 47, bersetuju dengan lamaran menantunya apabila Che Abdul Karim, menyatakan kesungguhan untuk menjadikan Masaryu (Ayu) sebagai isteri.

Sementara itu, Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, kerajaan perlu meneliti dengan baik kes melibatkan pernikahan lelaki berusia 41 tahun dengan kanak-kanak itu.

Beliau berkata, ini kerana ia melibatkan kesahihan dari sudut agama dan perundangan negara.

“Kerajaan diharapkan dapat mengambil perhatian dalam kes ini kerana mungkin ramai lagi yang berada dalam situasi ini tanpa kita ketahui.

“Begitu juga dengan spekulasi tular dimana ia patut dihentikan kerana boleh mengundang pelbagai sisi negatif tanpa mengetahui kebenaran,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi keluarga berkenaan di kediaman mereka di Kampung Panggung Lalat, tadi.

Tambahnya lagi, setelah mendapat maklumat terperinci daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia membuktikan tiada paksaan dalam pernikahan berkenaan.

“Hentikan segala spekulasi kerana ia boleh membawa kesan yang tidak baik di kalangan masyarakat,” katanya lagi.

(Sumber: Sinar Harian & KMO )