Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala

Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala
Link Artikel/Video : Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala

Baca juga


Suri rumah dipaksa buat seks untuk elak bala

KOTA BHARU – Nasib seorang suri rumah yang mahu mengubati penyakit ‘buatan orang’ bagai jatuh ditimpa tangga apabila dirinya menjadi mangsa rogol ketika mendapat khidmat rawatan seorang bomoh dalam tiga kejadian di sini bulan lalu.

Mangsa yang berusia 40 tahun dan telah bersuami mendakwa dirinya dirogol tiga kali oleh bomoh dikenali dengan panggilan Ah Keong, 52, di sebuah hotel bajet, tokong dan di sebuah rumah kedai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa mengenal bomoh berasal dari Kedah itu pada awal Mei lalu sebelum dia menjalani rawatan pertama di sebuah chalet di Pantai Cahaya Bulan di sini dengan upacara mandi bunga bagi membuang masalahnya yang didakwa suka meracau selepas terkena ‘buatan orang’.

Menurut beliau, semasa rawatan mandi bunga mangsa disuruh tidak melanggar pantang larang iaitu makan atau hadir ke mana-mana majlis kenduri bagi mengelak keluarga dan suaminya ditimpa masalah.

Sumber Kosmo