Kerajaan tidak akan beli balik Proton

Kerajaan tidak akan beli balik Proton - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kerajaan tidak akan beli balik Proton, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kerajaan tidak akan beli balik Proton
Link Artikel/Video : Kerajaan tidak akan beli balik Proton

Baca juga


Kerajaan tidak akan beli balik Proton

PUTRAJAYA: Kerajaan  tidak berhasrat membeli semula syarikat kereta nasional, Proton Holdings.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Proton kini dimiliki oleh hartawan, Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary.

“Proton adalah milik Syed Mokhtar. Kalau nak beli balik, itu terpulang kepada beliau. Tetapi kerajaan tidak berhasrat untuk beli balik Proton,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjual pegangan 49.9 peratus saham kerajaan dalam Proton kepada Geely dari China tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mahathir memaklumkan, buat masa ini meskipun harga pasaran minyak dunia meningkat namun, kerajaan akan tetap mengekalkan harga semasa petrol di stesen minyak.

Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum membincangkan isu subsidi minyak.

Sumber Awani