Ahmad Razif buat U -Turn

Ahmad Razif buat U -Turn - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ahmad Razif buat U -Turn, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ahmad Razif buat U -Turn
Link Artikel/Video : Ahmad Razif buat U -Turn

Baca juga


Ahmad Razif buat U -Turn


KUALA NERUS - Kerusi nombor satu Umno Bahagian Kuala Nerus kembali panas apabila ketuanya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman membuat 'U-turn' dengan memutuskan untuk mempertahankan jawatan disandangnya ketika ini pada pemilihan Umno yang dijadualkan 30 Jun depan.

Pengumuman itu dibuat sendiri Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kuala Nerus 2018 di Dewan Hotel Tabung Haji, di sini, hari ini.

Keputusan terbaharu Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir itu bakal menyaksikan persaingan dua penjuru apabila Naib Ketua Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff turut menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan nombor satu di bahagian tersebut.

Ahmad Razif dalam satu sidang media sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baharu menerajui bahagian itu dalam pemilihan akan datang.

Keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada mana-mana undividu terutamanya orang muda, bagi melihat perubahan dalam kepimpinan Umno bahagian.

Bagaimanapun, hari ini, Ahmad Razif mengubah pendirian dan membuat keputusan mempertahankan jawatan  selepas mengambil kira pandangan semua pihak serta atas rasa tanggungjawab untuk memulihkan kembali sokongan rakyat kepada parti keramat itu.

"Saya membuat keputusan untuk kekalkan jawatan ini apabila ramai yang minta untuk saya terus terajui kepimpinan di peringkat bahagian.

"Jadi, saya serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan pada pemilihan minggu depan.

"Jika saya masih diberi kepercayaan untuk terajui bahagian Kuala Nerus nanti saya akan memberi tumpuan kembalikan sokongan rakyat terhadap Umno,"katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Razif turut membuat pengakuan untuk tidak lagi bertanding pada PRU akan datang.

Sumber SH