Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King!

Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King!
Link Artikel/Video : Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King!

Baca juga


Kecoh bila Orang Asli halang pekerja ladang Musang King!

GUA MUSANG - Suasana kecoh berlaku di kawasan sekatan Orang Asli Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini apabila 30 penduduk Orang Asli menghalang pekerja ladang durian Musang King yang ingin memasuki kawasan mereka, semalam.

Orang Asli bertindak agresif apabila tidak mahu membuka sekatan sehingga sanggup ‘tidur’ di atas jalan dan rela 'dilenyek' jentera pihak peladang.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, kejadian itu berlaku kira-kira ‪pukul 9‬ pagi apabila sekumpulan pekerja ladang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan jentera ingin memasuki kawasan ladang Musang King seluas kira-kira 400 hektar di Pos Simpor.

“Berlaku pertengkaran kecil antara kedua-dua pihak sehingga waktu petang apabila Orang Asli tidak mahu berganjak.

“Bagaimanapun, pekerja berkenaan terpaksa mengalah dan berpatah balik keluar dari kawasan sekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber- K! ONLINE