'Bini cantik konon...'

'Bini cantik konon...' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Bini cantik konon...', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Bini cantik konon...'
Link Artikel/Video : 'Bini cantik konon...'

Baca juga


'Bini cantik konon...'


“Saya mohon dilepaskan tuan, kesian dengan isteri, saya takut jika dia diganggu orang lain sebab dia cantik," rayu seorang lelaki berusia 30-an yang ditahan dalam operasi bersepadu dilancarkan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK ) di sekitar Jempol, Jumaat lalu.

Penagih dadah itu turut mendakwa dia insaf dan berjanji tidak akan mengambil dadah lagi serta mahu menjaga anak dan isteri dengan baik jika diberi peluang dan tidak ditangkap.

Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan anggota polis dan AADK yang melakukan serbuan itu kerana jelas suspek berada dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, suspek yang sudah tiga tahun menagih dadah itu mendakwa mahu meninggalkan kegiatannya itu, namun dipengaruhi rakannya.

Katanya, suspek mengakui mengambil dadah ketika di luar rumah dan menyembunyikan kegiatannya itu daripada ahli keluarga termasuk isteri.

"Lelaki itu antara 24 penagih berjaya ditangkap dan dadah jenis syabu seberat 0.41 gram (g) serta heroin seberat 1.06g dirampas.

"Manakala 10 lagi penagih termasuk sepasang suami isteri ditangkap di rumah sepanjang 17 jam ops dijalankan bermula dari jam 12 tengah malam Jumaat," katanya.

Sementara itu, Pengarah AADK Negeri Sembilan Nazira Sadiron berkata, serbuan dilakukan ke atas ke sarang penagihan dadah di ladang kelapa sawit Felda Palong 9, 10 dan 11.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas intipan susulan menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan kumpulan penagih dadah menjadikan

lokasi berkenaan sebagai 'port' melepas gian.

“Ops Sarang di ladang itu dilakukan jam 9 malam Jumaat lalu, namun pada awalnya anggota serbuan mendapati tiada sesiapa di situ.

"Kesabaran 35 anggota AADK itu akhirnya berbaloi apabila 25 penagih termasuk pasangan suami isteri diberkas jam 11 pagi esoknya selepas hampir 14 jam menunggu.

"Seramai lapan suspek diserahkan kepada pihak polis manakala 17 lagi disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah," katanya.

Beliau berkata, pada operasi sama di sekitar Rembau pula, 11 individu disaring dan mendapati enam daripada mereka ditahan di Pedas, Chembong serta Kota kerana positif dadah.

Sumber HMETRO