Buah zakar tersekat pada kerusi

Buah zakar tersekat pada kerusi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Buah zakar tersekat pada kerusi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Others, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Buah zakar tersekat pada kerusi
Link Artikel/Video : Buah zakar tersekat pada kerusi

Baca juga


Buah zakar tersekat pada kerusi


MADRID - SEPANYOL. Seorang pengunjung hotel di Sepanyol berdepan detik memalukan selepas buah zakarnya tersekat pada kerusi plastik.

Kejadian malang itu berlaku selepas lelaki berusia lingkungan 60-an dan 70-an itu mahu berehat sebentar sebelum mandi di bilik hotelnya di Torrevieja, Alicante.

Detik cemas itu berlaku apabila dia cuba untuk berdiri, namun gagal kerana buah zakarnya tersekat di celah kerusi terbabit.

Lebih memalukan, tiga jentera bomba terpaksa dihantar ke lokasi kejadian untuk membantu lelaki tersebut.

Anggota bomba kemudiannya memotong beberapa bilah kerusi plastik itu yang mengambil masa selama setengah jam.

Usaha tersebut berjaya selepas lelaki terbabit akhirnya dapat berdiri dan dia telah dihantar ke Hospital Universiti Torrevieja untuk rawatan lanjut.

Menurut bomba, ia adalah panggilan kecemasan paling pelik pernah diterima walaupun pada mulanya mereka menganggap ia mungkin satu gurauan. - Daily Mail

Sumber Sinar