Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni?

Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni?
Link Artikel/Video : Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni?

Baca juga


Dato Vida Ditipu RM11 Juta… Apa Yang Jadi Ni?

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman akui rugi belasan juta selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya.

Menurutnya yang mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida itu, studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap sejak tahun lalu, namun tertangguh.

“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.

“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya.

Vida juga mengakui dia banyak berdiam kebelakangan ini dari radar hiburan disebabkan mahu muhasabah diri.

“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.

“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.

Vida ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik 2018 yang berlangsung di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Terdahulu, Vida berjaya mencipta fenomena selepas tampil dengan single berjudul I Am Me selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.

Sumber HMETRO