Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya!

Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya!
Link Artikel/Video : Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya!

Baca juga


Lelaki ini dakwa dari masa depan, terkejut tengok apa dia bawa untuk buktikannya!


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) mengaku berasal dari masa depan.

Terbaharu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai WD Davis mendakwa dia mengembara ke masa silam dari tahun 2200.

Davis turut membuat pendedahan tidak masuk akal apabila mendakwa usia sebenarnya adalah 103 tahun.

Bagi mengukuhkan dakwaannya, Davis turut membawa beberapa pil yang didakwanya sebagai makanan yang dibekalkan kerajaan.

Katanya, pil tersebut membantu manusia di masa depan hidup sehingga melebihi 200 tahun.

"Anda hanya perlu menelan sebiji pil untuk kenyang selama seminggu. Ia dibekalkan setiap bulan oleh kerajaan," katanya.

Tambah Davis lagi, semua makanan di masa depan boleh didapati secara  percuma sekali gus menamatkan krisis kebuluran dunia.

"Di masa depan bandar dibina di dalam laut. Namun pemanasan global dan lebihan populasi penduduk bumi, memaksa manusia berpindah ke planet Marikh," katanya.

Bulan lalu, seorang pemuda mendakwa mengembara ke masa sila dari tahun 2030.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Noah itu turut mendedahkan Presiden Donald Trump berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden AS pada tahun 2020. - Sunday Express

Sumber Sinar